felinna nadea ed fattah

felinna nadea ed fattah
Insan yg malu dengan diri sendiri dan berusaha utk menjadi yg lebih baik lagi..memilih utk berada lebih dekat dengan ALLAH,Meminjam seketika kesenangan dunia dan berimpian utk berkongsi bersama semua...

Monday, 11 May 2015

Nak jadi peniaga jangan cepat MELENTING, nah Tips!

Tips utama peniaga!

Anda kena letakkan diri anda sebagai "public figure" walau pun likers anda xbanyak atau xdak org yg cakap dia minat kat anda tapi! Anda kena sentiasa berwaspada dengan setiap status yg ditulis.

Cuba letakkan diri kita sendri, bila membaca status peniaga yg maki2 pembeli, walau pembeli tu salah, diam dan hadam.. Belajar ja dari situ, tangani sorang2, xperlu kongsi dgn org.

Kadang2 bila customer banyak tanya pon kita up status perli,customer marah pon kita up status,customer complain pon kita up status.

Benda tu sebenarnya menjejaskan perniagaan, kita berniaga mesti nak semua org suka kita, kita kena ikhlas, anggap ja kesusahan atau pon kepeningan kita handle customer tu adalah asam garam dalam berniaga. Ini lah cabaran dia.. Kalau semua benda asik nak merungut nak mengata n mengutuk mmg susah kita nak BERJAYA!

Kadang2 mungkin Allah nak hantaq kat kita beribu customer tapi sbb kita tak boleh handle sorang customer terus kita nya rezeki tersekat, agak2 macamna org yg customer dia ribu2 org sehari, mesti selit juga yg bermasalah kan? Tapi dia buat dek ja, sbb apa? Sbb itu la lumrah! 

Kita sendiri xsuka seller kekwat! Kita jangan jadi kekwat..mmg banyak lagi customer kat luaq sana , dari melayan customer yg satu.. Tapi kalau satu kes pon dh tak terbendung, yakin ke yg beribu lagi customer kat luaq sana tu semua baik2 belaka?

Kakfel baca nowadays banyak lagi seller yg sgt2 x da ethics, dia main hentam ja buat bisnes,bila bisnes down dia salahkan semua org.. Termasuk pembeli dia, kita kena ingat pembeli tu dihantar Allah, itu adalah rezeki kita harini, jika rezeki kita dtg dgn cara yg susah , kna syukur mungkin Allah nak bagi pengajaran di sebalik tu kan? Xkan semua yg dtg kat kita senang aja...

Maka nya, kaji semula diri kita lihat! Adakah kita diantara seller yg selalu melenting itu !

Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.


Tuesday, 5 May 2015

Berangan sangat kakfel nih!

Kalau nak tau dulu kan kan..
Fel pernah terfikir nak pergi jumpa tan sri mokhtar, nak pinjam 1k sebab fel rasa mesti bagi tan sri beliau nampak amount tu sikit, sebab dia kan billionare org melayu TERKAYA!

hahaha tu fikiran fel masa muda remaja ,tak kahwin pon lagi,terdesak sbb kereta tak bayar.. Sedangkan kenai pon tidak Tan sri. �� dah hampir 10 tahun kisah ni..dan angan angan mat jenin nih! Malunya....

Fel nampak org kaya ni BERTUAH,sbb mereka kaya..syok lettew jadi kaya, Allah pilih dia kaya so dia perlu bantu kita,tapi fel lsg xfikir n berusaha na belajar jadi kaya macam dia! Sebab fel ego dan bodoh,fel hanya nampak kekayaan dia bukan apa yg dia usahakan dan fel selalu rasa fel dah betul dan di jalan yg benar...dan dia sbg yg kaya kalau xbagi kat kita mesti kedekut sdgkan Allah dh bagi dia kaya! kakfel lsg xnampak lagi sudut lain...sbb jahil,tapi xnak ngaku...


Kini kakfel belajar dengan melihat kepada jatuh bangun kakfel,menjadi anak org kaya yg manja dan mendapat semua yg diimpika. Tidak menjadikan jalan kakfel berhijrah itu mudah.. Jika Allah tak bagi abah kakfel masalah dlm bisnes mesti kakfel masih lagi seorang anak org kaya yg bodoh sombong!

Mesti kakfel masih meminta minta dan masih lagi  xsedar yg HUTANG ITU PEMUSNAH KEHIDUPAN! sedangkan masih ada cara lain utk leluar dr masalah hidup.. Dan cara itu mesti dipelajari,bukan ditunggu datang sendiri. Trust me! Kak fel dah lalui jalan tu.. Mungkin jalan kita tak sama.. Tapi destinasi tetap yg sama!

Hingga kini kakfel x lah sekaya beliau tapi alhamdulillah dgn apa yg ada,dan berpeluang bertemu beliau yg dihormati, utk sesiapa yg nak tahu! Patutlah tan sri sgt sgt sgt KAYA! Diri dia sendiri penuh kelembutan,penuh kebaikan,sgt humble,bayangkan org kaya yg xnampak kaya? Kalau lah dia bukan org melayu terkaya dan digemburkan media, mesti tak tahu pon dia kaya! Allahu... Patutlah dia kaya... Dalaman dia pon kaya....fel dah paham kenapa Allah pilih dia....

Bayangkan dia yg kaya,bercakap pasal Marketing, hidup.. Semua bercakap ada Allah...Dia xlupa Allah.. Dia selit juga Allah... Ayat dia yg fel ingat "kita islam meniaga ada dunia akhirat,org bukan islam ada dunia shj"

Kita ni yg ada angan angan nak kaya raya, dah mulakan dengan kayakan diri sendiri dan dalaman dengan Allah ka?atau masih malas nak tutup aurat? Masih malas nak solat? Atau masih seronok mengutuk org?

Kita nak kaya dan berjaya dan sanggup kerja 24jam! Travel sana sini cari client,Tapi kita takkan sanggup bangn tahajud tgh malam.

Kita mungkin boleh berjaya dengan cara belakang kan Allah, tapi kita juga mungkin jatuh dlm golongan istidraj dimana Allah bagi rezeki tapi x diredhai...

Bayangkan.. Bayangkan...kita ni nak berjaya.. Tapi nak buang testimoni atau gambar yg x tutup aurat pon x mampu.. Macam mana Allah nak bagi rezeki?
Mungkin sekarang kita hebat dengan perkara begitu, dia bagi sales 1hari puluhan ribu , kita selesa.. Tapi dia bagi kehidupan kita pening, banyak masalah.. Dan entah2 kalau kita ubah n hijrah sikit2 Dia nak bagi rm500k sehari..

Kita kena ubah fikiran kita,jangan asyik nampak orang shj, kaji dan gali, ada sebab kenapa selalu org cakap, buat bisnes kena ada strategy, ya itulah strategy kita! Strategy menjaga Allah...

Silakan share dan semoga bermanfaat!

Thursday, 23 April 2015

Jeles lihat orang lain KAYA!

"Hakikat REZEKI itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. Tetapi ia merangkumi beberapa perkara.

Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki

Erti rezeki itu ialah apa yg kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu, ramai org diluar sana yg tak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yg selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yg mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. Maka, bersyukurlah"


Sebenarnya ramai antara kita rasa tertekan dan mula jadi busuk hati disebabkan xboleh tgk org lain lebih, sebab kita selalu merasa kita kurang, itu antara punca napa org A jatuhkan B dan B jatuhkan C .

Cuba kita lihat keliling kita apa yg kita ada? Apa yg kita dapat setiap hari? Adakah masih belum cukup utk kita bersyukur?

Bagaimana sfel bersyukur dan melatih minda menjadi lebih positif..

Fel belajar bersyukur dengan menerima apapun yang fel alami setiap hari. Rasa syukur membuat fikiran fel lebih tenang dan hati tenteram bertambah bahagia.

Fel bersyukur bukan saja untuk segala hal yang telah saya miliki dan rasakan selama ini, namun juga untuk segala hal negatif yang selama ini memang tidak pernah saya harapkan datang dalam hidup..
Kadang2 yg negatif itu jika kita muhasabah akan merubah kita menjadi lebih baik! Lebih baik.. Lebih baik!



Alhamdulillah syukur..
Dengan bersyukur kita akan menjadi lebih positif..

Thursday, 16 April 2015

Wanita ni memang PELUPA!

"fel i taktau i buat silap kat mana,i baca quran hari2,i solat sunat tiap waktu,yg wajib mmg i buat lah kan semuanya.. Tapi i tetap tak berjaya!"
Kisah pn Angelina Jolee bukan nama sebenar

Maka fel pon dgn rakusnya melihat si dia , atas bawah,atas bawah.. Alamak! Kaki tu nanpak.. Seluar tu ketat! Tudung awak singkat... Alamak alamak! Mesti dia lupa yg aurat tu pon wajib.. Macamna Allah nak bagi dia kejayaan sedangkan nak tutup kaki yg senang itu pon x mampu dia buat?

Maafkan wanita ..kami mmg pelupa... Kami lupa yg setiap inci tubuh kami diambil kira..

Ada juga fel jumpa, pakai nya tudung labuh tutup hingga ke pinggang tapi baju nya ketat bulu mata pelesu nya lebat! Allah, dia terlupa! Bulu mata n baju ketat itu HARAM! Ya wanita cepat lupa...

Kisah ini sama macam kisah fel dahulu kala,fesyen,modernisasi dan persekitaran buat fel rasa syg nak pakai cam makcik2 atau wanita baik2, hekeleh. Tak kuala lumpur ah wey pakai baju cenggini2 ataupun bimbang  satg org akan cop tak stailista pon kata pengasas produk! Mestilah vavavoom.

So fel sempat la jugak vavavoomm masa awal2 jadi pengasas produk, kekonon baru nampak sesuai ngan status. Allah.. Fel lupa...vavavoom itulah yg akan mengheret kaki fel ke neraka.. Ya wanita mmg cepat lupa..

Fel lupa itu juga aurat fel, wajah fel,perhiasan fel,diri fel.. TABBARUJ! Ya Aku bertabaruj...disebabkan takut bertabaruj dan juga takutkan seksaan wanita yg bertabaruj ini kakfel mula berpurdah....kakfel mmg belum mampu menutupi keseluruhannya tapi mencuba...susah sebanarnya kita wanita, kita suka kecantikan, kita sgt2 suka kelihatan sempurna, tapi kita selalu lupa kita lupa yg semua yg kita buat di dunia akan  jd asbab utk kita syurga atau neraka....

Mmg seronok dipuji di dunia, enko cantik la fel! Engko lawa sgt2 fel! Enko cam retis la fel, balik malam sebelum tidoq mesti masih boleh senyum sampai gigi sbb org puji, keluar rumah plak rasa bangga diri sbb berasa diri santek! Allah... Dh RIAK! Berdosa.....

Maka sbb itu fel cakap kita perempuan selalu TERLUPA.. Terlupa yg kita hiasan dunia, tapi bukan utk dipertontonkan.....

Siapa sini tak tahu apa itu tabaruj?

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Wednesday, 8 April 2015

Bagaimana nak lawan kesedihan?

Kadang2 rasa down.. Buat apa pon semua xmenjadi, org kata kalau ikut cara Allah semua mesti menjadi.. Makanya berpusu org solat 5 waktu,berpuasa,berzikir tak kira masa.. Hanya sebab berinpian nak jadi JUTAWAN!

Xsalah malah xberdosa,tapi yg salah apabila baru seminggu lakukan amalan itu,baru sebulan istiqomah dh mula rasa putus asa sbb masih belum juga jadi jutawannya.

Kisah kakfel, masa dapat memahami konsep menjemput rezeki ustaz fathuri,kafel mmg tgh down, dan kakfel amalkan apa ustaz cakap tapi masih...masih xda apa2 pon terjadi, hati masih gundah,bisnes masih xstabil.. Tapi kakfel yakin... Kalau kakfel jalan ja.. Buat ja mesti buah dia manis!

Sesungguhnya syaitan sgt suka kalau kita ni putus asa. Sbb dia dh kalahkan kita! Malu x? Kita manusia kalah dgn syaitan? Org berjaya dia anggap syaitan itu semut ja... Sekali dijentik hilang.. Dia xakan layan si semut yg mengigit badan nya...

Kisah kita semua mesti hampir sama,kalau baca kisah org berjaya mesti dahulu ada jaa kisah silam mereka yg kita rasa seperti "wow hebatnya dia bangkit,berkat sabar dia dh berjaya kini"

SAMA SAMA SAMA! Mereka bangkit sebab tu mereka berjaya, kita agk dgn duduk sesaja ,mengeluh utk ujian yg xseberapa kita akn berjaya?? NO NO NO.... Tepuk dada tanya selera

Kita ni manusia Allah bagi ada masa strong ada masa down,tapi masa down tu jgn dilayan.. Bangun n berlari cari jangan keluar,masalah bukan utk difikirkan.. Tapi diselesaikan.. Jika sy boleh,jika mereka lain yg anda jadikan idola boleh.. Kenapa bukan anda? Kita bernama MANUSIA! Kita ada anggota yg sama malah mungkin anda lebih bijak dari saya, jangan berhenti saat rasa susah tapi berlalri lah ketika susah utk tinggalkan nya.

Kita akan jadi putus asa bila kita impian terlalu besar hingga tak sanggup terima yg sedikit! Xsalah impian besar tapi yg sedikit jugak perlu dijaga ..
Kak fel pernah jugak diuji, selalu sales mestilah atas dari 10k purata tapi tetiba ada hari yang dpat ratusan shj kakfel trus merungut! Tapj kakfel cepat sedar , aku cuma perlu usaha lagi, mungkin ada xkena kat mana2 ... Tapi aku tetap bersyukur dgn yg ini, selepas itu Allah xkurang2 kan rezeki malah berlebiban pulak.. Maaf kakfel cerita bukan riak,ni adalah pengalaman sndri...

#tipsfelinnanadea
kadang kita terlupa bersyukur dengan yg sedikit sbb kita asyik nampak org lain dpt banyak.. sedangkan macamna Allah nak bagi yg banyak sedagkan yg sedikit pon kita tak reti bersyukur...

Org kita lebih banyak mengeluh dan alasan, bila ditanya.. Bukan alasan.. Nak perjelaskan.. Xperlu semua tu.. Terus ja berjalan....nak kayo n berjaya kan?
Kenapa kita mengeluh?
Kerana kita selalu lihat apa yg kita xdapat dan lihat apa yg org lain dapat.. Kita banding2 kan..kita rasa Allah x adil.... Sbb itu kita sanggup mengeluh..kita sampai hati x berterimakasih dgn apa yg Allah beri... Kita selalu rasa kita susah.. tp kita tak kaji kenapa kita susah.. fel jenis yg percaya... setiap kesusahan yg dtg dlm hidup fel berpunca dr kesilapan fel.. Kdg2 fel fikir hingga pening2 kepala.. sbb nak perbetul kan kesilapan sndri saat ditimpa ujian.... org selalu sebut karma... tp kita panggil qada and qadar... Kna tahu... apa yg terjadi kepada kita.. susah mahupun senang adalah refleks kepada siapa kita sendiri... Jika nak hidup yg selesa.. tenang n tenteram..jauhi kemurkaan Allah.swt.... #
Bak kata hm tuah
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.


Sila tinggalkan komen agar kita tau awak dan mula mengenali siapa pembaca saya,kenalkan diri pon bagus juga!

Alhamdulillah. Saya masih jahil cuma mahu cerita betapa indahnya islam...

Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Monday, 6 April 2015

Nak jadi yg liar atau yg jinak?

Fel dapat ayat ni dari ustaz fathuri,
Katanya hidup kita ni umpama nya seperti seekor ayam jinak n ayam liar..
Ayam liar dia mendapat banyak makanan setiap hari,tapi dia terpaksa bekerja keras ke hulu hilir mencari makanan,kadang2 balik dgn hampa. Tapi ayam jinak dia boleh makan dalam tangan  tuannya atau bekas makanan dgn mudah..

Manakala sepohon pokok yg hidup dalam pasu lebih mudah diangkat ,disiram,dijaga dari pokok yg tumbuhnya meliar..

Sama ja konsepnya.. Seperti, jika anda seorang yg liar(ingkat perintah Allah) hidup anda mesti susah,nak cari makan susah,nak buat kerja susah,nak diberi kesenangan pon susah! Ujian dtg tanpa henti!
Tapi kalau anda jinak, Allah dh janjika. Kesenangan dlm bentuk macam2, terasa senang ja.. Nak buat bisnes senang,nak jaga anak senang,hubungan dgn suami senang.. Semua cam di hujung jari gitu!

So anda pilih lah nak jadi yg jinak atau yg liar!

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Sunday, 5 April 2015

Ayo ini kali tukarlah!! Tukar la woi...

Nak jadi KAYA CEPAT! Dah tak tahan hidup susah..

Ramai org cita cita dia sgt lah besar. Dia rasa semua kejayaan yg dikecapi para jutawan dtg bergolek,ya memang org suruh kita berpandangan jauh ke depan tapi ni macam dh terlalu jauh sampai terlupa nak pusing tgk belakang saat semua jutawan berhenpas pulas cipta kejayaan.

Kakfel salah seorang spesis nak cepat berjaya tu! Kalau lambat rasa xnak buat.. Tapi lama2 kakfel sedar mmg "xda escalator atau lif utk naik ke tempat tinggi , kecuali ada tangga yg terpaksa kita panjat" biar peluh,penat dan sakit... Tapi semua tu berguna bila kita dah berjaya..

Kalau kakfel tak lalui semua tu mesti kakfel cepat melompat bila ditimpa ujian,mayb kakfel tak mampu bertindak matang di usia muda..

Sungguh.. Sapa xnak jadi JUTAWAN KAN? Menipu jer kalau cakap xnak..cuma mungkin sesetengah org rasa aku ada apa yg aku ada sekarang dah cukup, tapi kalau ada org bagi rm1juta mesti tak tolak...

Masa mula2 kami buat bisnes semua berkembang sgt pantas, duit dalam akaun naik jadi ratusan ribu then jadi jutaan.. Suami fel MASUK ICU!  Doctor cakap dia kena tekanan sbb duit banyak.. Yer mmg kami takut,risau rasa xpercaya semua ada...

Lama2 baru belajar,ohhh ni bukan duit kami,duit ni tumpang akaun kami ja... Nanti duit ni kena agih2 kepada pemiliknya... Tokey kedai makan,bengkel kereta,tokey kedai bayi,anak yatim,org susah.. Tolak sana sini rupanya Allah bagi kami gaji sikit utk tlg org lain...

Fel selalu jumpa org yg bercakap "kalau aku kaya aku mesti cenggini2 ,aku mesti buat macam2 sedekah" itu cerita dia kalau! Tapi kalau sikit pon dia xmampu bantu macamna dia bantu time  dia senang? Nak bantu org jangan tggu kaya... Kena ubah fikiran tu, kita kena bantu org baru boleh kaya!
Nak kaya baru nak sedekah..salah juga! Kalau sedekah mesti jadi kaya! Aneeee tukar laa.. Ini kali tukar.... Hahaha



Sesungguhnya ramai org fikir jadi org kaya senang, serius susah! Hari2 org dtg minta tlg,hari2 minta derma,hari2 minta hutang,hari2 minta sponsor... Dulu fel main hentam ja bagi semua.. Tapi bertemu seorang ustaz katanya... Nak beri hutang n derma kena tgk jugak.. Kalau dh tau dia buat kerja tak senonoh.. HARAM, jgn diberi.. Nanti kita dosa sbb terlibat sama, sama gak kes yg setiap bulan mintak ngan kita, bukan taknak bagi tapi nak beri derang pancing, sebab klau hari2 bagi ikan.. Ikan habis dimakan.. Tapi kalau pancing mereka ada chance nak berusaha cari rezeki. Kan kan...

Memang ada ja yg kata fel ni kedekut la,berkira la...dekat kawan2 xnak bantu.. Org lain fel bantu.. Sentap juga.. Habis bantuan fel yg sebelum2 ni macamna? Fel pon x boleh la bantu tiap bulan.. Fel nak ajar supaya kalau fel ni jatuh susah ka mati ka, ada ja org lain yg boleh bantu fel n family pulak...

Kisah nya , dlm hidup ni,kita kena selalu kaji, kenapa aku tak dapat itu,tak dapat ini... Napa aku x bahagia, napa aku susah, sekecil2 silap kita hatta kita selalu prasangka buruk dgn org atau selalu mengumpat org pon antara punca rezeki tak lekat...

Ok fel stop sini dulu ya leteren fel... Ada sesiapa yg mendapat manfaat dak dari karangan ni? Say  ohoi!

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.