felinna nadea ed fattah

felinna nadea ed fattah
Insan yg malu dengan diri sendiri dan berusaha utk menjadi yg lebih baik lagi..memilih utk berada lebih dekat dengan ALLAH,Meminjam seketika kesenangan dunia dan berimpian utk berkongsi bersama semua...

Thursday 23 April 2015

Jeles lihat orang lain KAYA!

"Hakikat REZEKI itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. Tetapi ia merangkumi beberapa perkara.

Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki

Erti rezeki itu ialah apa yg kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu, ramai org diluar sana yg tak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yg selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yg mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. Maka, bersyukurlah"


Sebenarnya ramai antara kita rasa tertekan dan mula jadi busuk hati disebabkan xboleh tgk org lain lebih, sebab kita selalu merasa kita kurang, itu antara punca napa org A jatuhkan B dan B jatuhkan C .

Cuba kita lihat keliling kita apa yg kita ada? Apa yg kita dapat setiap hari? Adakah masih belum cukup utk kita bersyukur?

Bagaimana sfel bersyukur dan melatih minda menjadi lebih positif..

Fel belajar bersyukur dengan menerima apapun yang fel alami setiap hari. Rasa syukur membuat fikiran fel lebih tenang dan hati tenteram bertambah bahagia.

Fel bersyukur bukan saja untuk segala hal yang telah saya miliki dan rasakan selama ini, namun juga untuk segala hal negatif yang selama ini memang tidak pernah saya harapkan datang dalam hidup..
Kadang2 yg negatif itu jika kita muhasabah akan merubah kita menjadi lebih baik! Lebih baik.. Lebih baik!



Alhamdulillah syukur..
Dengan bersyukur kita akan menjadi lebih positif..

Thursday 16 April 2015

Wanita ni memang PELUPA!

"fel i taktau i buat silap kat mana,i baca quran hari2,i solat sunat tiap waktu,yg wajib mmg i buat lah kan semuanya.. Tapi i tetap tak berjaya!"
Kisah pn Angelina Jolee bukan nama sebenar

Maka fel pon dgn rakusnya melihat si dia , atas bawah,atas bawah.. Alamak! Kaki tu nanpak.. Seluar tu ketat! Tudung awak singkat... Alamak alamak! Mesti dia lupa yg aurat tu pon wajib.. Macamna Allah nak bagi dia kejayaan sedangkan nak tutup kaki yg senang itu pon x mampu dia buat?

Maafkan wanita ..kami mmg pelupa... Kami lupa yg setiap inci tubuh kami diambil kira..

Ada juga fel jumpa, pakai nya tudung labuh tutup hingga ke pinggang tapi baju nya ketat bulu mata pelesu nya lebat! Allah, dia terlupa! Bulu mata n baju ketat itu HARAM! Ya wanita cepat lupa...

Kisah ini sama macam kisah fel dahulu kala,fesyen,modernisasi dan persekitaran buat fel rasa syg nak pakai cam makcik2 atau wanita baik2, hekeleh. Tak kuala lumpur ah wey pakai baju cenggini2 ataupun bimbang  satg org akan cop tak stailista pon kata pengasas produk! Mestilah vavavoom.

So fel sempat la jugak vavavoomm masa awal2 jadi pengasas produk, kekonon baru nampak sesuai ngan status. Allah.. Fel lupa...vavavoom itulah yg akan mengheret kaki fel ke neraka.. Ya wanita mmg cepat lupa..

Fel lupa itu juga aurat fel, wajah fel,perhiasan fel,diri fel.. TABBARUJ! Ya Aku bertabaruj...disebabkan takut bertabaruj dan juga takutkan seksaan wanita yg bertabaruj ini kakfel mula berpurdah....kakfel mmg belum mampu menutupi keseluruhannya tapi mencuba...susah sebanarnya kita wanita, kita suka kecantikan, kita sgt2 suka kelihatan sempurna, tapi kita selalu lupa kita lupa yg semua yg kita buat di dunia akan  jd asbab utk kita syurga atau neraka....

Mmg seronok dipuji di dunia, enko cantik la fel! Engko lawa sgt2 fel! Enko cam retis la fel, balik malam sebelum tidoq mesti masih boleh senyum sampai gigi sbb org puji, keluar rumah plak rasa bangga diri sbb berasa diri santek! Allah... Dh RIAK! Berdosa.....

Maka sbb itu fel cakap kita perempuan selalu TERLUPA.. Terlupa yg kita hiasan dunia, tapi bukan utk dipertontonkan.....

Siapa sini tak tahu apa itu tabaruj?

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Wednesday 8 April 2015

Bagaimana nak lawan kesedihan?

Kadang2 rasa down.. Buat apa pon semua xmenjadi, org kata kalau ikut cara Allah semua mesti menjadi.. Makanya berpusu org solat 5 waktu,berpuasa,berzikir tak kira masa.. Hanya sebab berinpian nak jadi JUTAWAN!

Xsalah malah xberdosa,tapi yg salah apabila baru seminggu lakukan amalan itu,baru sebulan istiqomah dh mula rasa putus asa sbb masih belum juga jadi jutawannya.

Kisah kakfel, masa dapat memahami konsep menjemput rezeki ustaz fathuri,kafel mmg tgh down, dan kakfel amalkan apa ustaz cakap tapi masih...masih xda apa2 pon terjadi, hati masih gundah,bisnes masih xstabil.. Tapi kakfel yakin... Kalau kakfel jalan ja.. Buat ja mesti buah dia manis!

Sesungguhnya syaitan sgt suka kalau kita ni putus asa. Sbb dia dh kalahkan kita! Malu x? Kita manusia kalah dgn syaitan? Org berjaya dia anggap syaitan itu semut ja... Sekali dijentik hilang.. Dia xakan layan si semut yg mengigit badan nya...

Kisah kita semua mesti hampir sama,kalau baca kisah org berjaya mesti dahulu ada jaa kisah silam mereka yg kita rasa seperti "wow hebatnya dia bangkit,berkat sabar dia dh berjaya kini"

SAMA SAMA SAMA! Mereka bangkit sebab tu mereka berjaya, kita agk dgn duduk sesaja ,mengeluh utk ujian yg xseberapa kita akn berjaya?? NO NO NO.... Tepuk dada tanya selera

Kita ni manusia Allah bagi ada masa strong ada masa down,tapi masa down tu jgn dilayan.. Bangun n berlari cari jangan keluar,masalah bukan utk difikirkan.. Tapi diselesaikan.. Jika sy boleh,jika mereka lain yg anda jadikan idola boleh.. Kenapa bukan anda? Kita bernama MANUSIA! Kita ada anggota yg sama malah mungkin anda lebih bijak dari saya, jangan berhenti saat rasa susah tapi berlalri lah ketika susah utk tinggalkan nya.

Kita akan jadi putus asa bila kita impian terlalu besar hingga tak sanggup terima yg sedikit! Xsalah impian besar tapi yg sedikit jugak perlu dijaga ..
Kak fel pernah jugak diuji, selalu sales mestilah atas dari 10k purata tapi tetiba ada hari yang dpat ratusan shj kakfel trus merungut! Tapj kakfel cepat sedar , aku cuma perlu usaha lagi, mungkin ada xkena kat mana2 ... Tapi aku tetap bersyukur dgn yg ini, selepas itu Allah xkurang2 kan rezeki malah berlebiban pulak.. Maaf kakfel cerita bukan riak,ni adalah pengalaman sndri...

#tipsfelinnanadea
kadang kita terlupa bersyukur dengan yg sedikit sbb kita asyik nampak org lain dpt banyak.. sedangkan macamna Allah nak bagi yg banyak sedagkan yg sedikit pon kita tak reti bersyukur...

Org kita lebih banyak mengeluh dan alasan, bila ditanya.. Bukan alasan.. Nak perjelaskan.. Xperlu semua tu.. Terus ja berjalan....nak kayo n berjaya kan?
Kenapa kita mengeluh?
Kerana kita selalu lihat apa yg kita xdapat dan lihat apa yg org lain dapat.. Kita banding2 kan..kita rasa Allah x adil.... Sbb itu kita sanggup mengeluh..kita sampai hati x berterimakasih dgn apa yg Allah beri... Kita selalu rasa kita susah.. tp kita tak kaji kenapa kita susah.. fel jenis yg percaya... setiap kesusahan yg dtg dlm hidup fel berpunca dr kesilapan fel.. Kdg2 fel fikir hingga pening2 kepala.. sbb nak perbetul kan kesilapan sndri saat ditimpa ujian.... org selalu sebut karma... tp kita panggil qada and qadar... Kna tahu... apa yg terjadi kepada kita.. susah mahupun senang adalah refleks kepada siapa kita sendiri... Jika nak hidup yg selesa.. tenang n tenteram..jauhi kemurkaan Allah.swt.... #
Bak kata hm tuah
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.


Sila tinggalkan komen agar kita tau awak dan mula mengenali siapa pembaca saya,kenalkan diri pon bagus juga!

Alhamdulillah. Saya masih jahil cuma mahu cerita betapa indahnya islam...

Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Monday 6 April 2015

Nak jadi yg liar atau yg jinak?

Fel dapat ayat ni dari ustaz fathuri,
Katanya hidup kita ni umpama nya seperti seekor ayam jinak n ayam liar..
Ayam liar dia mendapat banyak makanan setiap hari,tapi dia terpaksa bekerja keras ke hulu hilir mencari makanan,kadang2 balik dgn hampa. Tapi ayam jinak dia boleh makan dalam tangan  tuannya atau bekas makanan dgn mudah..

Manakala sepohon pokok yg hidup dalam pasu lebih mudah diangkat ,disiram,dijaga dari pokok yg tumbuhnya meliar..

Sama ja konsepnya.. Seperti, jika anda seorang yg liar(ingkat perintah Allah) hidup anda mesti susah,nak cari makan susah,nak buat kerja susah,nak diberi kesenangan pon susah! Ujian dtg tanpa henti!
Tapi kalau anda jinak, Allah dh janjika. Kesenangan dlm bentuk macam2, terasa senang ja.. Nak buat bisnes senang,nak jaga anak senang,hubungan dgn suami senang.. Semua cam di hujung jari gitu!

So anda pilih lah nak jadi yg jinak atau yg liar!

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Sunday 5 April 2015

Ayo ini kali tukarlah!! Tukar la woi...

Nak jadi KAYA CEPAT! Dah tak tahan hidup susah..

Ramai org cita cita dia sgt lah besar. Dia rasa semua kejayaan yg dikecapi para jutawan dtg bergolek,ya memang org suruh kita berpandangan jauh ke depan tapi ni macam dh terlalu jauh sampai terlupa nak pusing tgk belakang saat semua jutawan berhenpas pulas cipta kejayaan.

Kakfel salah seorang spesis nak cepat berjaya tu! Kalau lambat rasa xnak buat.. Tapi lama2 kakfel sedar mmg "xda escalator atau lif utk naik ke tempat tinggi , kecuali ada tangga yg terpaksa kita panjat" biar peluh,penat dan sakit... Tapi semua tu berguna bila kita dah berjaya..

Kalau kakfel tak lalui semua tu mesti kakfel cepat melompat bila ditimpa ujian,mayb kakfel tak mampu bertindak matang di usia muda..

Sungguh.. Sapa xnak jadi JUTAWAN KAN? Menipu jer kalau cakap xnak..cuma mungkin sesetengah org rasa aku ada apa yg aku ada sekarang dah cukup, tapi kalau ada org bagi rm1juta mesti tak tolak...

Masa mula2 kami buat bisnes semua berkembang sgt pantas, duit dalam akaun naik jadi ratusan ribu then jadi jutaan.. Suami fel MASUK ICU!  Doctor cakap dia kena tekanan sbb duit banyak.. Yer mmg kami takut,risau rasa xpercaya semua ada...

Lama2 baru belajar,ohhh ni bukan duit kami,duit ni tumpang akaun kami ja... Nanti duit ni kena agih2 kepada pemiliknya... Tokey kedai makan,bengkel kereta,tokey kedai bayi,anak yatim,org susah.. Tolak sana sini rupanya Allah bagi kami gaji sikit utk tlg org lain...

Fel selalu jumpa org yg bercakap "kalau aku kaya aku mesti cenggini2 ,aku mesti buat macam2 sedekah" itu cerita dia kalau! Tapi kalau sikit pon dia xmampu bantu macamna dia bantu time  dia senang? Nak bantu org jangan tggu kaya... Kena ubah fikiran tu, kita kena bantu org baru boleh kaya!
Nak kaya baru nak sedekah..salah juga! Kalau sedekah mesti jadi kaya! Aneeee tukar laa.. Ini kali tukar.... Hahaha



Sesungguhnya ramai org fikir jadi org kaya senang, serius susah! Hari2 org dtg minta tlg,hari2 minta derma,hari2 minta hutang,hari2 minta sponsor... Dulu fel main hentam ja bagi semua.. Tapi bertemu seorang ustaz katanya... Nak beri hutang n derma kena tgk jugak.. Kalau dh tau dia buat kerja tak senonoh.. HARAM, jgn diberi.. Nanti kita dosa sbb terlibat sama, sama gak kes yg setiap bulan mintak ngan kita, bukan taknak bagi tapi nak beri derang pancing, sebab klau hari2 bagi ikan.. Ikan habis dimakan.. Tapi kalau pancing mereka ada chance nak berusaha cari rezeki. Kan kan...

Memang ada ja yg kata fel ni kedekut la,berkira la...dekat kawan2 xnak bantu.. Org lain fel bantu.. Sentap juga.. Habis bantuan fel yg sebelum2 ni macamna? Fel pon x boleh la bantu tiap bulan.. Fel nak ajar supaya kalau fel ni jatuh susah ka mati ka, ada ja org lain yg boleh bantu fel n family pulak...

Kisah nya , dlm hidup ni,kita kena selalu kaji, kenapa aku tak dapat itu,tak dapat ini... Napa aku x bahagia, napa aku susah, sekecil2 silap kita hatta kita selalu prasangka buruk dgn org atau selalu mengumpat org pon antara punca rezeki tak lekat...

Ok fel stop sini dulu ya leteren fel... Ada sesiapa yg mendapat manfaat dak dari karangan ni? Say  ohoi!

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.


Saturday 4 April 2015

Dulu rambut kita karat, baju kita ketat!

Kisah saya..
Saya seorang belas model berambut perang yg sgt seksi,masa tu rasa cam angelina jolie habis lah!
Tapi ujian demi ujian menimpa, EH UJIAN APA EHHHH? Dapat mimpi ke? Hamboi kau.. Asal berhijrah ja mimpi kan kan..

Actly.. Antara ujian yg fel dapat adalah sama macam yg korang dapat sekarang.. Contohnya:

1) bergaduh ngan kawan,kawan ngumpat,kita sentap!
2) buat bisnes asik lingkup,duit masuk banyak tapi x lekat
3)  gaduh dgn parent rasa x  disayangi,apa parent bagi semua tak cukup
4) hidup rasa tak tenang,macam ada sesuatu yg hilang
5) kereta hakak asik rosak memanjangggg
6) kena fitnah and divenci org tanpa sebab yg jelas
7) mudah marah and emosi gilos
8) org tipu duit sana sini,asik kena pusing ja!
9) rasa tak puas hati kat ramai org,dok berasa diri ja betui
10)  hampir setiap minggu ditimpa ujin pelbagai,tetiba phone hilang,tetiba laptop rosak,tetiba  gaduh ngan kawan.. Dan semua tu x berhenti!

Inilah antara faktor kakfel hijrah sbb kakfel tau,punca dia bukan org keliling TAPI KAKFEL SENDIRI.. Allah sdg tampar2 kakfel suruh bangun! Bangun woi! Tu semua bukan ujian tu balasan! Hang dok permain hukum Allah.. Hg tau dak tutup aurat tu WAJIB! Hang tau dak  solat tu WAJIB! Tapi hg dok wat lex ja x follow napa? X takut neraka ka? Kata kafel di dalam hati(haha cam cerpen dak ayat?)

Then kakfel slow2 lah belajar semula islam ni, dah macam rupa  saudara baru,tatih2 baca iqra di usia 24thn, kemudian tatih2 belajar ngan ustaz n ustazah suruh datang rumah,suruh dtg opis..
Saat kakfel cakap nak balik kepada Allah saat tu kakfel tak fikir apa dh org nak kata..

Sumpah kakfel takut nak masuk neraka,sakit gigi kat dunia pon dah meraung2 ni kan pula dipukul dipalu.. Ya Allah,sampai sekarang kakfel belum layak jadj ahli syurga..takut sgt2 Allah ambik  nyawa,trauma kakfel ni sampai kdg2 nak kemana2 pikir aku ni satg kalau mati cemana.. Then cepat2 mohon Allah panjangkan usia.. Nak buat ibadat lagi..

Alhamdulillah dlm masa 4 tahun ni banyak kakfel explore n belajar.. Sekarang ni dh boleh baca quran, dah boleh ajar org sikit2 pasal islam.. InshaAllah... Tapi masih... Saya bukan ustazah!

Adik2 ingatlah... Jangan syg dunia sebab kita ni akan tggalkan dunia.. Jangan rasa syg dgn kisah kita di dunia sebab dunia xmemmbawa apa2 pada kita jika kita tak guna kan utk kejar akhirat, jangan jadikan hidup kita sia2..

Rambut karat,mata bulat , bulu mata pelesu,kasut 12inch, pentas peragaan,baju kain perca.. Semua itu hanya mainan syaitan utk kaburi kita supaya nampak dunia indah.. Sedangkan.. Hakikat nya styurgaitu berganda hebat n indah! Balik lah ke pangkal jalan,pedulikan org yg nak bercakap buruk di belakang kita! Sebab tu lah mereka di belakang..... Dan kita teruskan berlari ke depan.....

So siapa dapat sesuatu dari entry ini, cer bagitau sikit... Apa uolls rasa......mayb kisah kita sama....


Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas felinna beauty
Pengasas hijrahbyfelinna
Pengasas raffelwholesale
Pengarah Raffelinna sdn bhd
Pengarah  Raffelinna marketing sdn bhd.

Wednesday 1 April 2015

Kenapa tetiba ni? buang tebiat ka?

Salam and HI !

Kepada yg baru ja jenguk ke blog ni senkiu tau.. kakfel terharu sgt sbb korang rajin tekan klik n membaca penulisan saterawati macam kakfel ni .. kuikuikui
Ok sebenarnya dah lama sgt nak beri nafas baru kepada blog ni tapi dek kerana malas malah banyak alasan so jadilah pekasam sat blog kakfel. 

okeh sedikit cerita kenapa gatai tangan nak menulih hari ni.. sebab nya kakfel rasa dulu masa muda2 kakfel selalu express feeling sini rasa macam ada daya tarikan magnetik ngan pembaca2, jiwa rasa tenang sgt2.. dan thanks sgt kepada org yg follow retis bernama felinna ni.. moahaha.

ni just buat entry ni nak survey.. chuoolss nak membaca tak kalau kakfel nak buat tips kaya,tips hijrah,resepi makanan,tips anak,tips tips tips..... 

cer komen sikit..kalau masih ada 1 ke 2 ke 3 org ke kakfel tau la yg pembaca smeua masih setia bersama kakfel... 

ok nanti kita buat entry yg best.. so sapa nak baca nih?

yg ikhlas ,
felinna nadea (felinna beauty) (hijrah by felinna)