felinna nadea ed fattah

felinna nadea ed fattah
Insan yg malu dengan diri sendiri dan berusaha utk menjadi yg lebih baik lagi..memilih utk berada lebih dekat dengan ALLAH,Meminjam seketika kesenangan dunia dan berimpian utk berkongsi bersama semua...

Thursday 22 November 2012

selepas hampir setahun kami menderita

Just nak share bersama yg mengikuti perkembangan kami <3
(Sorry xde gambar sbb fel update guna phone utk update n gambar terkini be eck my Fb page felinna nadea ed fattah(official)

Ini sambungan dari entry hampir  setahun kami menderita.
Apa kami achieve berkat kesabaran dan Fitnah dalam masa hampir setahun.

Saudara mara
1)Dulu sy nak kahwin ngan husband org heboh sbb katanya ada model rambut merah nk jd org kampung,awal2 kahwin xde duit stay ngan mertua, macam2 fitnah dorang bagi..dorang cakap lah xreti dok kampung apa semua canang merata-rata, last2 sekarang bila kita mak pak xtanggung terus dorang senyap and mengaku adik beradik lah..hari2 datang kedai hari2 telefon.. Kesian suami, yg mana dulu kutuk dia macam2 sekarang dah jadi keluarga rapat. Ini fel share shj sbg peringatan.

Ibu bapa dan adik2
2) Sekarang kami mampu beli apa yg mak bapa nak.. Motor cash,buat new building utk kedai abah fel, duit bulanan and shopping utk mama hp and laptop malah kereta utk adik2 semua,kami mampu membantu mereka yg memerlukan( xperlu disebut nama)alhamdulillah doa mereka kejayaan kami.

P-ku
3) Masa kami pergi tgk P-ku (Van utk company) org yg jual tu macam layan xlayan jer..yerla kami muda comot pulak tu kan.. Then husband bagitahu dia kami nak bayar cash..terkejut dia sebab it cost more than 65k. Lepas tu baru dapat air dapat tempat aircond panggil sembang elok2.. Huhu pretending!katanya seminggu siap..tgk2 3minggu gak ler kan... Penat kami menunggu and at last masa dapat dia cakap, dia xtau ni van dr Felinna and sgt bangga dgn kami suami isteri muda2 dah mampu buat afford aset and peramah.... :)

Tanah di Alor Setar
4)Kalau org Alor star nampak Lot kat tepi jalan kuala kedah ats sikit pada bengkel motor selepas RTM, u akn nampak lot tanah utk dijual. Masa fel n husband decide nak beli terpaksa bawa bapa sbb it cost almost 300k then bila jmpa owner tanah tu rupanya good atitude.. Dia yakin je tgk fel and husband.. Everything go smooth as well.. Pergi pejabat tanah and akn tukar nama Cuma kami tggu tanah utk dikosongkan so all da payment kami akn pay cash kat pakcik tu, yg penting awal2 dia agak xpercaya, then kami nak bg lah rm100k utk deposit..last2 xtau macamna perbincangan dorang cakap xper, dorang trust us so bila semua dah keluar dr tanah within a month so sah tanah tu akan bertukar milik kpd raffelinna sdn bhd. Huhu muka ada nur nih,Org percaya and kami pon mmg xkan menipu dlm soal ni. Alhamdulillah.

Building baru
5) Bangunan baru utk raffelinna sdn bhd. Kami janjikan sebuah bangunan yg hebat utk melambangkan keutuhan dan kestabilan company.. Now kita dah runtuhkan bangunan lama and akn dinaikkan bangunan baru malah 2 lot rumah kat belakang kedai tu pun kami akan ambik selamanya sebagai tempat pemprosesan produk and packaging.

Tanah dan Rumah
6) Tanah utk membina rumah sendri :) Alhamdulillah, tanah di Baling menjadi pilihan hati utk terus menetap and membina nama di sini even org cakap fel xmampu stay kampung atau apa2 tapi I buktikan yg dorang bercakap tanpa kenali fel, and dorang bercakap hanya melalui fitnah org. :) kebanggaan bg kami kerana tanah ini pon fel n husband mampu bayar cash.

Tanah Kebun
7) Sekarang kami dalam proses utk selesaikan tanah kebun di Bukit tinggi..insyaAllah ada rezeki kami bole la kita makan durian hari2 ye idak?

CASH
8)Kenapa fel beritahu yg bayaran itu adalah cash? Kerana fel nak bagitahu yg berkat usaha semua di hujung jari! Kerana fel tahu utk setiap yg fel buat ada manusia hati busuk yg suka canang kami xbayar gaji pekerja, kami hutang byk2... Dan ada lagi yg busuk hati mereka-reka cerita macam2 psl sy dan suami semata-mata nak takutkan org masuk our company kerja and jadi kawan.. Kalau uoll nk dengar cerita pergi dgr cerita our staff call 0125770043..

Staff berdedikasi
 9)Semua staff fel adalah yg terbaik sepanjang fel bisnes, mulut xjahat, solat xtinggal, bagus budi bahasa and sgt2 kerja kuat. Even ada yg try tabur fitnah nak suruh dorang berhenti..Tnya dorang pernah kami miss bagi gaji plus fel and suami beri bonus everymonth.. Even kerja packing or admin lulusan spm kami bagi lebih dr 1k monthly. Syukurlah atleast dorang tahu kami menghargai mereka.

10) Mampu hire profesional
Dulu fel pernah buat event, buat modelling..masa tu fel harapkan duit dari org yg nak join kami anjurkan event dorang..bila dorang cbayar duit kami pon stuck at last nama kami busuk.. :) tapi byk yg fel bertanggujawab and ganti guna duit sendri. Now kami dah mampu offer org tanpa tunggu duit org lain kami dh mampu buka peluang utk mereka jana pendapatan hebat dengan kami..Alhamdulillah xpernah terfikir utk ada company Sdn BHd sendri..tapi itu kenyataannya kami dh buktikan yg kami mampu lakukan ini!

11) Jutawan Muda
Ini adalah yg diingini semua org and we had achieve this, menjadi Vip ketika urusan bank,diberikan priority utk memilih barangan, menjadi Vip utk setiap event yg memerlukan new ikon, dijemput utk TV show sbg contoh belia berjaya, kami suami isteri berbangga kerana kami tidak pernah lupa diri.Alhamdulillah walau byk duit yg dihabiskan tapi rezeki tu macam xpernah putus duit sentiasa ada dan penuh, 100k kami keluarkan 200k kami dpat semula tanpa sedar..samada Allah sedang menguji kami dengan rezeki sebenarnya jd Jauhi kami dr riak and takbur atau Allah sedang memberi ganjaran berkat kesakitan masa lampau kami berdua.

12) Kawan-kawan
Fel xtahu samada ini adalah kawan sebenar atau bukan tapi semua kawan dah kembali menjadi sebahagian hidup kami dan ada kawan baru yg bila dah kenali fel and husband terkejut and berterus terang yg sebenarnya mereka adalah haters kami dulu tapi bila dah kenal mereka tahu betapa byk kepayahan yg kami tempuh and hadapi.. Ya Allah..

Let count utk lagi 1 bulan sebelum hujung tahun apa kami mampu achieve.
Mungkin masih sikit aset kami, tapi as husband and wife yg jadikan bisnes sebagai mata pencarian dlm usia 25tahun selepas kejatuhan kami rasa kami dh berlari pantas utk buktikan apa org fitnah and kutuk kami itu adalah dusta yg hanya membuatkan kami lebih kuat. Kalau ada yg still nk cakap kami propa nnt fel akan update geran and bukti pembayaran sbg tanda ingatan kepada anda yg suka sebar fitnah bahawa 1 perkara buruk anda sebar mengenai kami 2 perkara baik yg datang kepada kami... Alhamdulillah..

Kami xanggap kejayaan hari ini sbg satu perkara utk dibanggakan malah kami anggap ianya satu kekuatan utk kami lebih mara kehadapan..utk kami lebih berhati-hati memilih kawan dan lebih berhati-hati mempercayai org.
Anugerah paling besar selepas usaha adalah kejayaan and yes we both achieved it melalui kasih sayang suami isteri dan keluarga dan redha Allah... Terima kasih Allah.

Yang pasti kami bebas hutang dan tiada sebarang personal loan yg kami buat utk sampai ke tahap sekarang semua hanya dengan bantuan Allah s.w.t.
Jika anda belum pernah baca kisah kejatuhan kami suami isteri bole tgk blog fel..mungkin banyak pengajaran utk kita semua.

Tambah2 lagi sampai hari ni org masih menjaja kisah palsu utk menjatuhkan kami.. Wallahualam..janji Allah kepada org yg SABAR adalah KEJAYAAN..maka bersabar lah wahai suami isteri. Baca dan jadikan ianya inspirasi positif utk kita sbg anak muda jangan hanya pandai bercakap shj tapi usaha dan usahalah! :)